Monday 2 May 2016

WAJAR ATAU TIDAK PENULIS MENGAKHIRI CERITANYA

Setiap novel ada pengakhiran ceritanya. Wajar atau tidak penulis mengakhiri ceritanya sebagaimana yang telah anda baca dalam novel yang anda kaji? Berikan pendapat anda.
[8 markah]

Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip wajar pengarang itu mengakhiri ceritanya.
Pengarang wajar mengakhiri ceritanya kerana semua masalah keluarga Embong selesai. Sebagai contoh, masalahnya yang paling utama diselesaikan apabila Saleha balik ke rumah dalam keadaan yang sungguh sihat. Dengan ini, anak-anak mendapat ibu mereka kembali. Embong mendapat  isterinya kembali dan sebuah keluarga mendapat tiang mereka kembali. Selain itu, rumah Embong yang dimusnahkan akibat banjir yang melanda telah dibaiki semula dan keluarga Embong dapat menginap di rumah mereka dengan selesa.

Pengarang juga wajar mengakhiri ceritanya kerana Nek Kiah telah berbaik semula dengan keluarga Embong. Nek Kiah pada permulaan novel ini merupakan seorang insan yang keji dan sentiasa mencaci keluarga Embong. Sebagai contoh, Nek Kiah sentiasa berkata bahawa Embong merupakan seorang insane yang teruk dan tidak bertanggungjawab. Nek Kiah juga tidak pernah menganggap keluarga Embong sebagai sebahagian keluarganya kerana mereka tidak begitu berjaya. Namun, pada penghujung cerita, Nek Kiah berbaik semula dengan keluarga Embong. Nek Kiah turut member gelang pusakanya kepada Dahlia sempena pertunangannya dengan Azhari.

            Pengarangnya juga wajar mengahwini ceritanya kerana Dahlia berjaya menyambung pelajarannya. Dahlia telah banyak berkorban dan berusaha bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diduduki. Walaupun Dahlia meninggalkan asrama untuk menjaga adiknya, namun dia tetap tidak meninggalkan pelajarannya dan sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh. Kegigihan dan kerajinan Dahlia telah menambahkan hasil kerana Dahlia dapat menyumbang pelajarannya di Jepun dalam jurusan perniagaan. Dengan ini Dahlia pasti akan menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan.

TIGA PERSOALAN KEGIGIHAN DALAM NOVEL

Dalam setiap novel, persoalan kegigihan memainkan peranan penting untuk menghidupkan jalan ceirta. Huraikan tiga  persoalan kegigihan dalam novel yang anda kaji.
[ 7 markah]

          Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip. Persoalan kegigihan pertama ialah kegigihan mengatasi kemiskinan. Sebagai contoh, keluarga Embong mengalami kemiskinan yang sungguh teruk kerana tidak mempunyai aliran wang masuk yang begitu banyak. Namun demikian, Embong tidak pernah berputus asa dan sering berusaha untuk menhamin kesejahteraan keluarganya. Sebagai contoh, Embong bekerja sebagai seorang penoreh getah dan juga memtik kelapa bagi aliran wang masuk yang lebih banyak.

            Persoalan kegigihan kedua ialah kegigihan menuntut ilmu .Sebagai contoh, Dahlia gigih berusaha sebagai seorang calon STPM bagi mencapai kejayaan Dahlia tidak pernah berputus asa dan tetap berusaha  walaupun terdapat pelbagai cabaran Dahlia terpaksa berkorban dengan meninggalkan asrama untuk menjaga adiknya kerana kesihatan ibunya yang sungguh teruk. Namun, Dahlia tetap berusaha dan akhirnya mendapat keputusan cemerlang untuk STPM.

            Persolan kegigihan yang ketiga ialah kegigihan membantu jiran. Sebagai contoh, Dahlia cuba dengan sedaya upaya untuk sentiasa membantu jiran agar dapat hidup dalam persekitaran yang aman. Dahlia telah merisikokan nyawanya dengan tjuan masuk ke air kolam untuk membantu jirannya, Said yang sedang lemas. Dahlia berjaya membawanya ke luar kolam namun tidak dapat menyelamatkan nyawa Said walaupun cuba menekan dadanya beberapa kali bagi mengeluarkan air dalam peparunya.

CARA WATAK UTAMA MENYELESAIKAN KONFLIK

Dalam setiap novel, watak utama banyak menghadapi konflik. Huraikan tiga konflikyang dihadapi oleh watak utama dalam novel yang anda kaji dengan menyatakan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya.
[ 7 markah]

          Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip.Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Dahlia dengan Nek Kiah. Nek Kiah sentiasa mencemuh dan mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada Dahlia. Nek Kiah juga langsung tidak suka keluarga Dahlia kerana mereka merupakan keluarga yang miskin. Namun, konflik itu dapat diatasi apabila Nek Kiah sakit dan dijaga oleh Dahlia. Pada masa itulah, Nek Kiah sedar akan kebaikan Dahlia dan keluarganya. Konflik diatasi apabila Dahlia tetap membantu neneknya dengan menghantarnya ke hospital. Kebaikan hati Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah insaf.

            Konflik kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil perempuan murahan kerana ada bebrapa orang lelaki yang melawat rumahnya. Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia untuk kematian anaknya. Aton tidak faham bahawa Dahlia tabah dan cuba mnyelamatkan nyawa Said. Konflik ini diselesaikan apabila Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan Tuhan. Dahlia sentiasa tabah menghadapi cemuhan.

            Konflik ketiga yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik dalaman. Sebagai contoh, Dahlia menghadapi konflik dalaman sama ada dia patut meninggalkan asrama dan menjaga adiknya yang sakit ataupun tinggal di asrama dan membiarkan adik-adiknya  begitu sahaja. Konflik ini diselesaikan apabila Dahlia membuat keputusan untuk meninggalkan asrama demi keluarganya dan adik-adiknya. Dia menjaga adik-adiknya dengan menyediakan makan minum mereka. Apabila ibunya sembuh dan pulang,Dahlia telah balik ke asrama semula.

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH WATAK UTAMA

Dalam setiap novel, watak utama banyak menghadapi cabaran. Huraikan tiga cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel yang anda kaji.
[ 7 markah]

          Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Cabaran pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah cabaran menyambung pelajaran. Dahlia mengalami masalah untuk menyambung pelajaran kerana terpaksa meninggalkan asrama dan memonteng sekolah dengan kerap bagi menjaga Anggerik yang sakit semasa ketiadaan ibunya. Dahlia terpaksa mengorbankan waktunya untuk menguruskan hal ehwal keluarganya dan tidak dapat bertugas dengan sepenuhnya. Cabaran ini diselesaikan apabila ibunya Saleha sembuh dan pulang ke rumah.

            Cabaran kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah cabaran menghadapi cemuhan oleh orang ramai. Dahlia terpaksa menerima cemuhan jirannya, Aton yang selalu memanggilnya perempuan murahan dan sentiasa member komen negatif apabila lelaki melawatnya. Aton juga sentiasa menyatakan bahawa anaknya Said dibunuh oleh Dahlia. Cabaran ini diselesaikan apabila Dahlia menerima nasihat daripada ayahnya untuk sentiasa bersabar kerana setiap cabaran yang berlaku merupakan cabaran dari Tuhan.

            Cabaran yang ketiga ialah cabaran membuat pilihan. Sebagai contoh, Dahlia menghadapi cabaran apabila hndak membuat pilihan sama ada hendak bertunang dengan Azhari atau menerima Najib. Hal ini demikian kerana kedua-dua mereka merupakan rakan baik kepada Dahlia yang baik hati. Cabaran ini diselesaikan apabila Dahlia memilih Azhari dan mereka bertunang kerana Azhari banyak membantu keluarganya.

TIGA NILAI MURNI DALAM NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Setiap novel banyak memberikan nilai murni kepada pembaca. Huraikan tiga nilai murni dalam novel yang anda kaji.
[ 7 markah]

Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Nilai pertama yang terdapat dalam novel ini ialah nilai keberanian. Sebagai contoh, Dahlia terdengar jeritan kanak-kanak yang sedang bermandi-manda di sungai. Dahlia segera bergegas ke arah sungai dan bertanya kepada salah seorang daripada kanak-kanak tersebut. Dahlia segera terjun ke dalam sungai yang berarus deras tanpa menghiraukan keselamatannyauntuk menyelamatkan Said. Walaubagaimanapun, Dahlia gagal menjumpai Said tepat pada waktunya dan Said mula lemas.


            Nilai kedua yang terdapat dalam novel ini ialah nilai keinsafan. Sebagai contoh, Nek Kiah tidak menyukai menantunya, Embong kerana Embong merupakan seorang yang miskin. Nek Kiah ingin menjual tanah yang didiami oleh Embong sekeluarga setelah Saleha dimasukkan ke hospital. Pada suatu hari, Nek Kiah jatuh sakit dan Dahlia segera menelefon ambulans bagi membawa Nek Kiah ke hospital. Setelah Nek Kiah sembuh, beliau sedar akan kesilapannya terhadap Embong sekeluarganya.

            Nilai ketiga yang terdapat dalam novel ini ialah nilai tanggungjawab. Sebagai contoh, Dahlia menggantikan tugas ibunya yang telah dimasukkan ke hospital. Dahlia sangat saying akan adik-adiknya. Dahlia juga menitikberatkan hal ehwal adik-adiknya dengan memasak untuk mereka. Selain itu, Dahlia sering melawat ibunya di hospital dengan sanggup menggunakan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas.

PERISTIWA MENARIK DALAM NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa yang menarik dalam novel tersebut.
[7 markah]


         Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Peristiwa pertama yang menarik ialah peristiwa Dahlia dapat melanjutkan pelajarannya. Dahlia yang merupakan seorang pelajar tingkatan 6 telah mendapat keputusan yang sungguh baik bagi peperiksaan STPM walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Sebagai contoh, Dahlia terpaksa meninggalkan asrama untuk menjaga adik dan juga terpaksa memonteng sekolah untuk menjaga Anggerik yang sakit. Peristiwa ini menarik kerana dalam kesusahan, dia tetap berusaha dan akhirnya dapat melanjutkan pelajarannya di Jepun dalam juruan perniagaan.

            Peristiwa kedua yang menarik ialah peristiwa Saleha, iaitu ibu Dahlia telah sembuh daripada penyakitnya. Sebagai contoh, Saleha menghadapi masalah dan dia dianggap tidak waras oleh orang lain. Dia juga tidak dapat mengecam ahli keluarganya dan selalu merayau-rayau di luar rumahnya. Sebagai akibat daripada kejadian itu, Saleha telah dimasukkan ke Hospital Permai. Namun, Saleha sembuh dan akhirnya balik ke rumahnya. Peristiwa ini menarik kerana kepulangan Saleha membawa sinar kebahagiaan dalam keluarga Embong


            Peristiwa ketiga yang menarik ialah peristiwa Nek Kiah telah insaf akan perbuatannya dan sanggup menerima keluarga Embong. Nek Kiah sentiasa mencaci dan bersumpah kepada keluarga Embong. Nek Kiah juga tidak menyukai keluarga Embang langsung kerana dikatakan bahawa Embong yang menyebabkan anaknya Saleha berasa kurang sihat. Nek Kiah juga tidak menyukai Embong kerana Embong sangat miskin dan tidak mempunyai harta. Namun, setelah melihat jasa baik keluarga Embong semasa dia sakit, Nek Kiah menerima keluarganya dan insaf akan perbuatannya. Peristiwa ini menarik kerana keluarga Nek Kiah akhirnya bersatu.