Setiap novel ada pengakhiran ceritanya. Wajar atau tidak penulis mengakhiri ceritanya sebagaimana yang telah anda baca dalam novel yang anda kaji? Berikan pendapat anda.
[8 markah]
Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip wajar pengarang itu mengakhiri ceritanya.
Pengarang wajar mengakhiri ceritanya kerana semua
masalah keluarga Embong selesai. Sebagai contoh, masalahnya yang paling
utama diselesaikan apabila Saleha balik ke rumah dalam keadaan yang sungguh sihat.
Dengan ini, anak-anak mendapat ibu mereka kembali. Embong mendapat isterinya kembali dan sebuah keluarga mendapat tiang mereka kembali. Selain itu, rumah
Embong yang dimusnahkan akibat banjir yang melanda telah dibaiki semula dan
keluarga Embong dapat menginap di rumah mereka dengan selesa.
Pengarang juga wajar mengakhiri ceritanya kerana Nek
Kiah telah berbaik semula dengan keluarga Embong. Nek Kiah pada permulaan
novel ini merupakan seorang insan yang keji dan sentiasa mencaci keluarga
Embong. Sebagai contoh, Nek Kiah sentiasa berkata bahawa Embong merupakan
seorang insane yang teruk dan tidak bertanggungjawab. Nek Kiah juga tidak
pernah menganggap keluarga Embong sebagai sebahagian keluarganya kerana mereka
tidak begitu berjaya. Namun, pada penghujung cerita, Nek Kiah berbaik semula
dengan keluarga Embong. Nek Kiah turut member gelang pusakanya kepada Dahlia
sempena pertunangannya dengan Azhari.
Pengarangnya
juga wajar mengahwini ceritanya kerana Dahlia berjaya menyambung pelajarannya.
Dahlia telah banyak berkorban dan berusaha bagi mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diduduki. Walaupun Dahlia meninggalkan
asrama untuk menjaga adiknya, namun dia tetap tidak meninggalkan pelajarannya
dan sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh. Kegigihan dan kerajinan Dahlia
telah menambahkan hasil kerana Dahlia dapat menyumbang pelajarannya di Jepun
dalam jurusan perniagaan. Dengan ini Dahlia pasti akan menjadi seorang insan
yang berjaya dalam kehidupan.