Monday 2 May 2016

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH WATAK UTAMA

Dalam setiap novel, watak utama banyak menghadapi cabaran. Huraikan tiga cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel yang anda kaji.
[ 7 markah]

          Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Cabaran pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah cabaran menyambung pelajaran. Dahlia mengalami masalah untuk menyambung pelajaran kerana terpaksa meninggalkan asrama dan memonteng sekolah dengan kerap bagi menjaga Anggerik yang sakit semasa ketiadaan ibunya. Dahlia terpaksa mengorbankan waktunya untuk menguruskan hal ehwal keluarganya dan tidak dapat bertugas dengan sepenuhnya. Cabaran ini diselesaikan apabila ibunya Saleha sembuh dan pulang ke rumah.

            Cabaran kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah cabaran menghadapi cemuhan oleh orang ramai. Dahlia terpaksa menerima cemuhan jirannya, Aton yang selalu memanggilnya perempuan murahan dan sentiasa member komen negatif apabila lelaki melawatnya. Aton juga sentiasa menyatakan bahawa anaknya Said dibunuh oleh Dahlia. Cabaran ini diselesaikan apabila Dahlia menerima nasihat daripada ayahnya untuk sentiasa bersabar kerana setiap cabaran yang berlaku merupakan cabaran dari Tuhan.

            Cabaran yang ketiga ialah cabaran membuat pilihan. Sebagai contoh, Dahlia menghadapi cabaran apabila hndak membuat pilihan sama ada hendak bertunang dengan Azhari atau menerima Najib. Hal ini demikian kerana kedua-dua mereka merupakan rakan baik kepada Dahlia yang baik hati. Cabaran ini diselesaikan apabila Dahlia memilih Azhari dan mereka bertunang kerana Azhari banyak membantu keluarganya.

No comments:

Post a Comment