Monday 2 May 2016

TIGA NILAI MURNI DALAM NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Setiap novel banyak memberikan nilai murni kepada pembaca. Huraikan tiga nilai murni dalam novel yang anda kaji.
[ 7 markah]

Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Nilai pertama yang terdapat dalam novel ini ialah nilai keberanian. Sebagai contoh, Dahlia terdengar jeritan kanak-kanak yang sedang bermandi-manda di sungai. Dahlia segera bergegas ke arah sungai dan bertanya kepada salah seorang daripada kanak-kanak tersebut. Dahlia segera terjun ke dalam sungai yang berarus deras tanpa menghiraukan keselamatannyauntuk menyelamatkan Said. Walaubagaimanapun, Dahlia gagal menjumpai Said tepat pada waktunya dan Said mula lemas.


            Nilai kedua yang terdapat dalam novel ini ialah nilai keinsafan. Sebagai contoh, Nek Kiah tidak menyukai menantunya, Embong kerana Embong merupakan seorang yang miskin. Nek Kiah ingin menjual tanah yang didiami oleh Embong sekeluarga setelah Saleha dimasukkan ke hospital. Pada suatu hari, Nek Kiah jatuh sakit dan Dahlia segera menelefon ambulans bagi membawa Nek Kiah ke hospital. Setelah Nek Kiah sembuh, beliau sedar akan kesilapannya terhadap Embong sekeluarganya.

            Nilai ketiga yang terdapat dalam novel ini ialah nilai tanggungjawab. Sebagai contoh, Dahlia menggantikan tugas ibunya yang telah dimasukkan ke hospital. Dahlia sangat saying akan adik-adiknya. Dahlia juga menitikberatkan hal ehwal adik-adiknya dengan memasak untuk mereka. Selain itu, Dahlia sering melawat ibunya di hospital dengan sanggup menggunakan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas.

No comments:

Post a Comment