Monday, 2 May 2016

PERISTIWA MENARIK DALAM NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa yang menarik dalam novel tersebut.
[7 markah]


         Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Peristiwa pertama yang menarik ialah peristiwa Dahlia dapat melanjutkan pelajarannya. Dahlia yang merupakan seorang pelajar tingkatan 6 telah mendapat keputusan yang sungguh baik bagi peperiksaan STPM walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Sebagai contoh, Dahlia terpaksa meninggalkan asrama untuk menjaga adik dan juga terpaksa memonteng sekolah untuk menjaga Anggerik yang sakit. Peristiwa ini menarik kerana dalam kesusahan, dia tetap berusaha dan akhirnya dapat melanjutkan pelajarannya di Jepun dalam juruan perniagaan.

            Peristiwa kedua yang menarik ialah peristiwa Saleha, iaitu ibu Dahlia telah sembuh daripada penyakitnya. Sebagai contoh, Saleha menghadapi masalah dan dia dianggap tidak waras oleh orang lain. Dia juga tidak dapat mengecam ahli keluarganya dan selalu merayau-rayau di luar rumahnya. Sebagai akibat daripada kejadian itu, Saleha telah dimasukkan ke Hospital Permai. Namun, Saleha sembuh dan akhirnya balik ke rumahnya. Peristiwa ini menarik kerana kepulangan Saleha membawa sinar kebahagiaan dalam keluarga Embong


            Peristiwa ketiga yang menarik ialah peristiwa Nek Kiah telah insaf akan perbuatannya dan sanggup menerima keluarga Embong. Nek Kiah sentiasa mencaci dan bersumpah kepada keluarga Embong. Nek Kiah juga tidak menyukai keluarga Embang langsung kerana dikatakan bahawa Embong yang menyebabkan anaknya Saleha berasa kurang sihat. Nek Kiah juga tidak menyukai Embong kerana Embong sangat miskin dan tidak mempunyai harta. Namun, setelah melihat jasa baik keluarga Embong semasa dia sakit, Nek Kiah menerima keluarganya dan insaf akan perbuatannya. Peristiwa ini menarik kerana keluarga Nek Kiah akhirnya bersatu.

2 comments: