Monday, 2 May 2016

CARA WATAK UTAMA MENYELESAIKAN KONFLIK

Dalam setiap novel, watak utama banyak menghadapi konflik. Huraikan tiga konflikyang dihadapi oleh watak utama dalam novel yang anda kaji dengan menyatakan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya.
[ 7 markah]

          Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip.Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Dahlia dengan Nek Kiah. Nek Kiah sentiasa mencemuh dan mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada Dahlia. Nek Kiah juga langsung tidak suka keluarga Dahlia kerana mereka merupakan keluarga yang miskin. Namun, konflik itu dapat diatasi apabila Nek Kiah sakit dan dijaga oleh Dahlia. Pada masa itulah, Nek Kiah sedar akan kebaikan Dahlia dan keluarganya. Konflik diatasi apabila Dahlia tetap membantu neneknya dengan menghantarnya ke hospital. Kebaikan hati Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah insaf.

            Konflik kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil perempuan murahan kerana ada bebrapa orang lelaki yang melawat rumahnya. Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia untuk kematian anaknya. Aton tidak faham bahawa Dahlia tabah dan cuba mnyelamatkan nyawa Said. Konflik ini diselesaikan apabila Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan Tuhan. Dahlia sentiasa tabah menghadapi cemuhan.

            Konflik ketiga yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik dalaman. Sebagai contoh, Dahlia menghadapi konflik dalaman sama ada dia patut meninggalkan asrama dan menjaga adiknya yang sakit ataupun tinggal di asrama dan membiarkan adik-adiknya  begitu sahaja. Konflik ini diselesaikan apabila Dahlia membuat keputusan untuk meninggalkan asrama demi keluarganya dan adik-adiknya. Dia menjaga adik-adiknya dengan menyediakan makan minum mereka. Apabila ibunya sembuh dan pulang,Dahlia telah balik ke asrama semula.

3 comments:

  1. Cikgu Tan, cikgu saya pernah cakap, semasa menulis konflik, nama tidak dibenarkan dituliskan.betul tak?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kalau soalan berbentuk komsas, nama watak tidak boleh berada pada ayat pernyataan ini. soalan ini bukan berbentuk komsas seperti persoalan, perwatakan, tema, nilai, latar, pengajaran, dan gaya bahasa.

    ReplyDelete