Monday 2 May 2016

CARA WATAK UTAMA MENYELESAIKAN KONFLIK

Dalam setiap novel, watak utama banyak menghadapi konflik. Huraikan tiga konflikyang dihadapi oleh watak utama dalam novel yang anda kaji dengan menyatakan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya.
[ 7 markah]

          Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip.Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Dahlia dengan Nek Kiah. Nek Kiah sentiasa mencemuh dan mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada Dahlia. Nek Kiah juga langsung tidak suka keluarga Dahlia kerana mereka merupakan keluarga yang miskin. Namun, konflik itu dapat diatasi apabila Nek Kiah sakit dan dijaga oleh Dahlia. Pada masa itulah, Nek Kiah sedar akan kebaikan Dahlia dan keluarganya. Konflik diatasi apabila Dahlia tetap membantu neneknya dengan menghantarnya ke hospital. Kebaikan hati Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah insaf.

            Konflik kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil perempuan murahan kerana ada bebrapa orang lelaki yang melawat rumahnya. Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia untuk kematian anaknya. Aton tidak faham bahawa Dahlia tabah dan cuba mnyelamatkan nyawa Said. Konflik ini diselesaikan apabila Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan Tuhan. Dahlia sentiasa tabah menghadapi cemuhan.

            Konflik ketiga yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik dalaman. Sebagai contoh, Dahlia menghadapi konflik dalaman sama ada dia patut meninggalkan asrama dan menjaga adiknya yang sakit ataupun tinggal di asrama dan membiarkan adik-adiknya  begitu sahaja. Konflik ini diselesaikan apabila Dahlia membuat keputusan untuk meninggalkan asrama demi keluarganya dan adik-adiknya. Dia menjaga adik-adiknya dengan menyediakan makan minum mereka. Apabila ibunya sembuh dan pulang,Dahlia telah balik ke asrama semula.

13 comments:

  1. Cikgu Tan, cikgu saya pernah cakap, semasa menulis konflik, nama tidak dibenarkan dituliskan.betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hbis nk tlis mcm na klu x leh ltk nama

      Delete
    2. Haah betol cgu sekolah saya pon sama.. Masa masuk contoh peristiwa baru masukkan nama

      Delete
    3. Dekat pernyataan memang x boleh tulis cuma dekat peristawa sahaja

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kalau soalan berbentuk komsas, nama watak tidak boleh berada pada ayat pernyataan ini. soalan ini bukan berbentuk komsas seperti persoalan, perwatakan, tema, nilai, latar, pengajaran, dan gaya bahasa.

    ReplyDelete
  4. huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya tp dlm novel yg bertajuk pantai kasih...ada x??

    ReplyDelete
  5. panitia bahasa sekolah saya mewajibkan untuk ,menulis nama nama watak sebab tak semestinya pemeriksa baca novel yang kita baca..semoga dapat membantu semua pelajar spm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul .. cikgu sekolah Sya pun kata macam tu juga.. kita kena anggap pemeriksa ni tak tahu apa2 ..so kita kena bgitahu semua

      Delete
  6. Post more tentang novel sbe cikguu.....

    ReplyDelete
  7. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete