Monday 2 May 2016

PERISTIWA MENARIK DALAM NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa yang menarik dalam novel tersebut.
[7 markah]


         Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Peristiwa pertama yang menarik ialah peristiwa Dahlia dapat melanjutkan pelajarannya. Dahlia yang merupakan seorang pelajar tingkatan 6 telah mendapat keputusan yang sungguh baik bagi peperiksaan STPM walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Sebagai contoh, Dahlia terpaksa meninggalkan asrama untuk menjaga adik dan juga terpaksa memonteng sekolah untuk menjaga Anggerik yang sakit. Peristiwa ini menarik kerana dalam kesusahan, dia tetap berusaha dan akhirnya dapat melanjutkan pelajarannya di Jepun dalam juruan perniagaan.

            Peristiwa kedua yang menarik ialah peristiwa Saleha, iaitu ibu Dahlia telah sembuh daripada penyakitnya. Sebagai contoh, Saleha menghadapi masalah dan dia dianggap tidak waras oleh orang lain. Dia juga tidak dapat mengecam ahli keluarganya dan selalu merayau-rayau di luar rumahnya. Sebagai akibat daripada kejadian itu, Saleha telah dimasukkan ke Hospital Permai. Namun, Saleha sembuh dan akhirnya balik ke rumahnya. Peristiwa ini menarik kerana kepulangan Saleha membawa sinar kebahagiaan dalam keluarga Embong


            Peristiwa ketiga yang menarik ialah peristiwa Nek Kiah telah insaf akan perbuatannya dan sanggup menerima keluarga Embong. Nek Kiah sentiasa mencaci dan bersumpah kepada keluarga Embong. Nek Kiah juga tidak menyukai keluarga Embang langsung kerana dikatakan bahawa Embong yang menyebabkan anaknya Saleha berasa kurang sihat. Nek Kiah juga tidak menyukai Embong kerana Embong sangat miskin dan tidak mempunyai harta. Namun, setelah melihat jasa baik keluarga Embong semasa dia sakit, Nek Kiah menerima keluarganya dan insaf akan perbuatannya. Peristiwa ini menarik kerana keluarga Nek Kiah akhirnya bersatu.

35 comments:

  1. Embong la bukan embang, salah eja

    ReplyDelete
  2. Padu bossku..doakan aq dpt result celerlang dlm spm 2018 ..

    ReplyDelete
  3. Lusa nak exam harini baru nak study 👀

    ReplyDelete
  4. Moga saya boleh skor bm aminn

    ReplyDelete
  5. Doakan penulis blog ni...sentiasa dimurahkan rezeki..aminn

    ReplyDelete
  6. terima kasih sngat bermanfaat dn memang padat . doakan saya spm 2021 bulan 3 next year . terima kasihh sekali lagi .

    ReplyDelete
  7. Lagi beberapa jam nk exam baru nak study

    ReplyDelete
  8. Doakan aku exam BM K1 satgi semoga dipermudahkan segala urusan aamiin...

    ReplyDelete
  9. Doakan Saya Muhammad Afiq Aiman Bin Mohd Yusof dapat straight A+ aamiin

    ReplyDelete
  10. esok paper bm , goodluck to all spm candidates !! batch 05 🤍

    ReplyDelete