Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa yang menarik dalam novel tersebut.
[7 markah]
Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Peristiwa
pertama yang menarik ialah peristiwa Dahlia dapat melanjutkan pelajarannya.
Dahlia yang merupakan seorang pelajar tingkatan 6 telah mendapat keputusan yang
sungguh baik bagi peperiksaan STPM walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan
cabaran. Sebagai contoh, Dahlia terpaksa meninggalkan asrama untuk menjaga adik
dan juga terpaksa memonteng sekolah untuk menjaga Anggerik yang sakit. Peristiwa
ini menarik kerana dalam kesusahan, dia tetap berusaha dan akhirnya dapat
melanjutkan pelajarannya di Jepun dalam juruan perniagaan.
Peristiwa kedua yang menarik ialah peristiwa
Saleha, iaitu ibu Dahlia telah sembuh daripada penyakitnya. Sebagai contoh,
Saleha menghadapi masalah dan dia dianggap tidak waras oleh orang lain. Dia
juga tidak dapat mengecam ahli keluarganya dan selalu merayau-rayau di luar
rumahnya. Sebagai akibat daripada kejadian itu, Saleha telah dimasukkan ke
Hospital Permai. Namun, Saleha sembuh dan akhirnya balik ke rumahnya. Peristiwa
ini menarik kerana kepulangan Saleha membawa sinar kebahagiaan dalam keluarga
Embong
Peristiwa ketiga yang menarik ialah
peristiwa Nek Kiah telah insaf akan perbuatannya dan sanggup menerima
keluarga Embong. Nek Kiah sentiasa mencaci dan bersumpah kepada keluarga
Embong. Nek Kiah juga tidak menyukai keluarga Embang langsung kerana dikatakan
bahawa Embong yang menyebabkan anaknya Saleha berasa kurang sihat. Nek Kiah
juga tidak menyukai Embong kerana Embong sangat miskin dan tidak mempunyai
harta. Namun, setelah melihat jasa baik keluarga Embong semasa dia sakit, Nek
Kiah menerima keluarganya dan insaf akan perbuatannya. Peristiwa ini menarik
kerana keluarga Nek Kiah akhirnya bersatu.
baguih
ReplyDeletecun..
ReplyDeleteKeliaaa💕😂
ReplyDeleteKeliaaa💕😂
ReplyDeleteKelia pak hg
DeleteKelia pak hang gak
DeletePak hang jgk
DeleteEmbong la bukan embang, salah eja
ReplyDeleteSenang fhm
ReplyDeleteSenang fhm
ReplyDeletefaham ape bossku
DeleteLebih faham dapat tgk isi mcm ni👍🏻
Deleteringkas but full, wish me luck spm 2021
DeletePadu bossku..doakan aq dpt result celerlang dlm spm 2018 ..
ReplyDeleteSgt bermanfaat..tq
ReplyDeleteLusa nak exam harini baru nak study 👀
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteDiam ahh
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteMuahh
ReplyDeleteDoakan saya spm harini
ReplyDeleteSenang fhm 🙂🙂
ReplyDeleteSnng fhm
ReplyDeleteMoga saya boleh skor bm aminn
ReplyDeletesempoi la
ReplyDeleteSangat membantu i love it!!
ReplyDeleteDoakan penulis blog ni...sentiasa dimurahkan rezeki..aminn
ReplyDeleteterima kasih sngat bermanfaat dn memang padat . doakan saya spm 2021 bulan 3 next year . terima kasihh sekali lagi .
ReplyDeleteSame le hmm tahu ii dh trial HAHAHA
DeleteLagi beberapa jam nk exam baru nak study
ReplyDeleteDoakan aku exam BM K1 satgi semoga dipermudahkan segala urusan aamiin...
ReplyDeleteMasuk peristiwa ka Wey
Deletetq
ReplyDeleteDoakan Saya Muhammad Afiq Aiman Bin Mohd Yusof dapat straight A+ aamiin
ReplyDeleteesok paper bm , goodluck to all spm candidates !! batch 05 🤍
ReplyDelete